Monday, May 5, 2008

sejarah aadk

Sejarah Penubuhan

Pada 17 Februari 1996, Kabinet telah meluluskan penubuhan Agensi Dadah Kebangsaan (ADK) dengan menggabungkan Pasukan Petugas Anti Dadah (PPAD) dan Bahagian Rawatan dan Pemulihan (BRPD) sebagai sebuah organisasi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN), Agensi Dadah Kebangsaan adalah urusetia kepada Majlis Dadah Kebangsaan (MDK) yang dipengerusikan oleh Y.B. Menteri Dalam Negeri dan bertanggungjawab kepada semua aspek tindakan anti dadah negara.
Peranan Agensi Antidadah
Untuk menentukan segala usaha negara memerangi ancaman dadah berjalan secara terancang, berarah dan selaras demi mewujudkan satu masyarakat yang bebas daripada dadah.
Peranan Agensi Antidadah
Bidang tugas Agensi Dadah Kebangsaan adalah seperti berkut :-
Melaksanakan program pencegahan
Melaksanakan program rawatan dan pemulihan
Meningkatkan sistem maklumat dadah dan menilai keberkesanan program anti dadah negara
Meningkatkan kerjsama serantau dan antarabangsa dalam usaha memerangi ancaman dadah
Memberi khidmat urusetia kepada Majlis Dadah Kebangsaan
Agensi Dadah Kebangsaan juga ditubuhkan di peringkat Negeri, dan Daerah. Pengarah ADK Negeri adalah bertanggungjawab kepada Ketua Pengarah ADK manakala Pegawai ADK Daerah bertanggungjawab kepada Pengarah ADK Negeri.

"Dadah Bukan Mainan, Anda Cuba, Anda Sengsara"

No comments: