Friday, May 30, 2008

Friday, May 16, 2008

pertandingan badminton anjuran KESUKA

Pertandingan ini telah diadakan pada 13 Mei 2008 iaitu selasa yang lepas.Namun begitu,pertandingan tersebut disambung kepada tarikh yang akan diberitahu kelak.

acara beregu : lelaki
perseorangan : wanita

undian diadakan secara undian.

Pertandingan memancing anjuran KESUKA 17 Mei 2008 (sabtu) 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari

Pertandingan ini terbuka kepada semua ahli kelab sukan dan kebajikan kakitangan pusat serenti karangan.

Tarikh : 17 Mei 2008 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi hingga 12.oo tengahari

* yuran penyertaan tidak dikenakan

hadiah pertandingan

johan bagi penyertaan 35 orang = RM400.00
johan bagi penyertaan 45 orang = RM500.00
johan bagi penyertaan 85 orang = RM1000.00

jack pot = 8 kg ke atas

Thursday, May 15, 2008

Selamat Datang ke Pusat Serenti Karangan

Pihak kelab Sukan Dan Kebajikan Kakitangan mengalu-alukan kedatangan Puan Aisyah dari Agensi Antidadah Kebangsaan (Pusat Khidmat) Seremban Negeri Sembilan ke Pusat Serenti Karangan.

Saturday, May 10, 2008

Tahniah Ustaz Azmin

Ustaz Azmin telah disenaraikan oleh pihak JAKIM untuk dinaikkan ke S 22 di Kader JAKIM Seperti jabatan polis dan sebagainya.Kemungkinan beliau akan meninggalkan kita semua pada bulan Julai nanti

Tuesday, May 6, 2008

TAHNIAH ATAS PELANTIKAN KETUA PENGARAH AADK YANG BARU

Tahniah kepada dato' Haji Bakir di atas pelantikan belian sebagai Ketua Pengarah Agensi Antidadah kebangsaan yang baru selepas Dato' Sabran

johan futsal peringkat kebangsaan anjuran aadk

tahniah kepada semua pemain futsal pusat serenti karangan yang telah mengharumkan nama pusat dan kesuka.terutamanya gol keeper dan pemain terbaik saudara rozi hamid

johan tilawah peringkat zon utara aadk- kategori kakitangan

Abdul Latiff Bin ismail telah mendapat johan tilawah kakitangan anjuran agensi antidadah kebangsaan kategori kakitangan pada 28 februari 2008 di Pusat Serenti Bukit Chabang Perlis.

kakitangan psk/ahli kesuka akan berentap pada tilawah al-quran peringkat kebangsaan AADK

Insya Allah salah seorang kakitangan psk/ahli kesuka akan mewakili zon utara yang terdiri daripada negeri perlis, kedah,pulau pinang dan perak ke tilawah al-quran kategori kakitangan pada penghujung mei 2008

kakitangan/ahli kesuka samb belajar full time usm

insya Allah saya telah memohon untuk mendapatkan cuti belajar sepenuh masa selama 3 tahun di usm dalam bidang kerja sosial-izajah sains kemasyarakatan (abdul latiff ismail)

kakitangan psk/ahli kesuka bertukar

Puan Ku Azliza Hartika Binti Ku Aziz akan bertukarke agensi antidadah negeri kedah bermula 15 mei 2008.Kami semua tidak merelakan puan pergi.semoga maju jaya

kursus komunikasi dakwah di ilim

abdul latiff bin ismail sedang mengikuti kursus komunikasi dakwah di institut latihan islam malaysia dari 5 mei 2008 hingga 8 mei 2008

besut/aktiviti memancing

lawatan ke pusat serenti besut/aktiviti memancing

program konvoi ke pantai timur

kesuka sedang merancang untuk mengadakan program konvoi ke pantai timur.dijangkakan pada 30 dan 31 mei 2008 iaitu jumaat dan sabtu.

Monday, May 5, 2008

Yang Dipertua : Tn Haji Zainal Abidin Ismail
Naib YDP : En Amran Othman
Setiausaha : Pn aisyah Osman
Bendahari : Us Azmin Osman
AJK : En Mohamad Majdi Abdul Hamid
: En Mohd Naim
: En Abdul Majid Desa
: En Tn Khairul Farizan
: Pn Ku Azliza Hartika Ku Aziz
: Pn Fauziah fadzil
: Us Rosli Junus
: En Sujairi Salleh
: Pn Saridah Harun
: En Anuar jaafar
: Encik Hisamusin Ahmad
: En Syazwan Abdullah Hamad
: En Md Ali Bakar
: En.Syariff Abdul Razak
: En Jalaudin Shaari
: En Md Noor Jalil
Pemeriksaan
kira-kira : Pn Normaizatul Arfah Zakaria
: En Basharizam Bahar

sejarah aadk

Sejarah Penubuhan

Pada 17 Februari 1996, Kabinet telah meluluskan penubuhan Agensi Dadah Kebangsaan (ADK) dengan menggabungkan Pasukan Petugas Anti Dadah (PPAD) dan Bahagian Rawatan dan Pemulihan (BRPD) sebagai sebuah organisasi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN), Agensi Dadah Kebangsaan adalah urusetia kepada Majlis Dadah Kebangsaan (MDK) yang dipengerusikan oleh Y.B. Menteri Dalam Negeri dan bertanggungjawab kepada semua aspek tindakan anti dadah negara.
Peranan Agensi Antidadah
Untuk menentukan segala usaha negara memerangi ancaman dadah berjalan secara terancang, berarah dan selaras demi mewujudkan satu masyarakat yang bebas daripada dadah.
Peranan Agensi Antidadah
Bidang tugas Agensi Dadah Kebangsaan adalah seperti berkut :-
Melaksanakan program pencegahan
Melaksanakan program rawatan dan pemulihan
Meningkatkan sistem maklumat dadah dan menilai keberkesanan program anti dadah negara
Meningkatkan kerjsama serantau dan antarabangsa dalam usaha memerangi ancaman dadah
Memberi khidmat urusetia kepada Majlis Dadah Kebangsaan
Agensi Dadah Kebangsaan juga ditubuhkan di peringkat Negeri, dan Daerah. Pengarah ADK Negeri adalah bertanggungjawab kepada Ketua Pengarah ADK manakala Pegawai ADK Daerah bertanggungjawab kepada Pengarah ADK Negeri.

"Dadah Bukan Mainan, Anda Cuba, Anda Sengsara"

KETUA PENGARAH BARU

Semoga laman Web Agensi Antidadah Kebangsaan ini dapat memberikan manfaat dan pengetahuan kepada semua pengguna. Bersama Membasmi Dadah.
Y.Bhg.Dato' Abd.Bakir Bin Hj. Zin Ketua Pengarah AADK

APA ITU FATWA

Apa itu Keputusan fatwa & Fatwa?
KEPUTUSAN FATWA
Dari segi Bahasamemberi jawapan/penjelasan bagi sesuatu masalah agamaDari Segi IstilahPenjelasan mengenai hukum syarak oleh Mufti bagi sesuatu masalah agama berdasarkan dalil syarak sebagai jawapan kepada sesiapa yang bertanya, baik secara sendirian atau berkumpulan.FATWAFatwa ialah keputusan fatwa yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Mufti dan telah diwartakan oleh kerajaan negeri bagi proses penguatkuasaan undang-undang.

HUKUM ZAKAT FITRAH MAJLIS FATWA KEBANGSAAN

Hukum zakat fitrah ke atas orang tahanan dan banduan Islam di Institusi Penjara adalah wajib sekiranya cukup syarat wajib zakat fitrah iaitu :i. Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.ii. Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.iii. Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.iv. Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

adakah kesuka semakin maju ke hadapan

laman blog dibina bagi memudahkan ahli-ahli kesuka mengetahui maklumat dengan cepat dengan teknologi maklumat.

inilah adalah satu peninggalan saya dalam memastikan kesuka menjadi sebuah yang mantap dari masa ke semasa.

TAHNIAH YDP 2008-2010